Assalammualaikum ^_^
Nak kongsi pengalaman naik motor masa hujan-hujan ni..
almaklum la..aku kan seorang penunggang "motosikal" tp ramai jugak org yg tak percaya so akan keluar la ayat-ayat macam nie
>>>"kecik-kecik pun bawak motor kat bandar?? tak takut ke?? " <<<
*bagi aku,kalau ada keberanian,apa-apa pun kita boleh lakukan..betul tak cik & encik blogger ^_^ peaceeeee hehe
berbalik kepada pengalaman naik motor..
al kisahnya begini , semalam time magrib dalam pukul 7.40 begitu la rasanya ye. aku telah melancarkan aktiviti bermain luncur-luncur motor di atas jalan raya dengan maksud lainnya ialah aku jatuh motor dan terseret diatas jalan raya berkenaan. Ayah aku selalu pesan, jangan bawak motor laju-laju, terutama time hujan..tapi kan..rasa-rasanya semalam aku tak ada la bawak laju sangat,cuma bila aku nak "brek" tayar motor aku dah berhenti berpusing dah..tp masih lagi meluncur kat atas jalan tu. ishhhh motor ni, bajet nak main luncur-luncur atas ais la tu..hahaha step seterusnya aku patahkan la handel motor tu ke arah kanan, sebab motor dah tak boleh berhenti ni,daripada aku langgar kereta mahal yang kat depan aku, tak pasal-pasal kena ganti kerosakan pada
>>>kereta tu + motor aku + luka-luka kat badan ni<<<
Huh nasib baik buat keputusan yang awal denganmemilih jatuh sendiri "mengelongsor la den kek ateh jalan tue" tak pasal-pasal..nasib-nasib. Nasib baik kereta yang kat belakang aku berhenti,tolong aku angkat motor ke tepi, "time kasih encik" hujun-hujan pun die turun kereta sebab nak tolong..terharu aku :'( dah la badan mengeletar masa tu , dengan darah dah menitik-nitik kat tangan
"YA ALLAH" hanya Allah sahaja yang tau apa aku rasa masa tu :'(
saat menanti pertolongan yang Allah hulurkan kepada hambanya
- Alhamdulillah YA ALLAH dengan pertolongan yang telah Engkau hulurkan kepada hamba Mu ini -
masa encik tu dah alihkan motor aku ke tepi dan aku pun dah berganjak ke tepi jalan juga. Encik tu tanya , "nak contact siapa-siapa tak?" aku ckap "ada-ada , terima kasih bang" bila aku tengok muka dia betul-betul..laaa orang cina rupanya ^_^ naik kereta mahal pulak tu,tp tak segan silu nak turun dari kereta hujan-hujan sebab nak membantu :'( baik bukan ^_^
lepas encik tu pergi , aku mula la cari jalan nak mintak tolong dengan siapa la malam-malam + hujan pulak tu..sob sob sob T_T ada ke orang nak tolong T_T sebenarnya pada masa yang sama, kakak sepupu saya sedang melangsungkan perkahwinannya yang ke?? tapi bukan yang pertama, so maknanya dalam umah aku time tu tengah ada majlis ye cik & encik blogger , sedara-mara ramai pulak tu kat umah..waaaaa tak kan nak ganggu untuk mintak tolong kan.. so kena cari orang lain , aku msg MR right aku , tak call pun sbb dia tgh kerja, tak boleh jawab call, lepas tu tak tahu nak call siapa huhuhuhu then aku call mak & ayh aku , tapi aku tak bagitahu yang aku jatuh motor , cuma tnya "tgh buat apa tu?" rupanya family aku tengah menjamu selera , dengan segera aku menamatkan perbualan. huhhh still berfikir nak call siapa lagi ni, dah la tak kenal ramai orang , almaklumla aku ni perantau (N.9 ke Selangor) hahaha macam la jauh sangat kan :p
buntu!! emm next person ^_^ i call Muhd Hafiz Bin Sabtu
*opsss tergendala nak menaip , tetiba darah jatuh kat atas laptop ni..aiyakkkk T_T
okay sambung balik. aku call si hafiz ni , dia oleh cakap dia ada kat shah alam (padahal dia ni sebenarnya tinggal dekat ngan tepat aku,aku sek 6 dia kat sek 4) alaaaaaaa hafiz, asal ko kat shah alam (tetiba lak en) lepas tu aku cakap la dengan dia "aku jatuh motor la fiz , boleh tolong aku tak?" lepas tu dia boleh jawab "yelah-yelah, kau tunggu situ, aku dah dekat nak balik ni" alhamdulillah yeahhhhhhhhhh!! ada juga pertolongan , masa tu dah hepi sangat-sangat dah ^_^
masa menunggu Encik Hafiz datang
dah la duduk tepi jalan + hujan + lelaki negro lalu lalang + gelap malam + orang lelaki datang siap tnya - kenapa ni dik, aku jawab..tak ada apa-apa (dalam hati, huh kat kota ni,mustahil aku nak percaya kat orang yang aku tak kenal..sob sob takut laaaaaaaaaa T_T )
dalam keadaan takut-takut tu, my bestfriend Ainzati Binti Abdul Rauf msg aku , aku bagitahu je aku jatuh motor , terus dia call..that why i love her much hehe dia ni seorang sahabat yang memahami , so dia teman la aku dalam call sampai hafiz datang (dia dapat teman dalam call jer, sebab dia tinggal kat seremban..jauh naaa) - tengah menangis kaw-kaw masa ni hehe
Hafiz dah datang!! yeahh hehe
bila si hafiz dah sampai , lagi kuat aku nangis (pehhh tak malu betul , tp ni bukan kali pertama dia nmpak aku menangis O_O hohoho ) * hafiz ni pandai pujuk orang tengah menangis tau hehe rahsia-rahsia ^_^ hehe
masa hafiz datang , dia tolong angkat motor aku kat atas lorong pejalan kaki , agak tinggi jugak, sebab motor tu si hafiz ni kena angkat , dah la berat motor aku tu. hafiz kata, tak boleh letak motor kat atas jalan raya, nanti kena langgar..sebab jalan kat situ memang sibuk. So hafiz kata kena pergi klinik. Tapi aku berdegil ngan pendirian aku "TAK NAK!!!!! " tau tak, kalau doktor tu tahu aku jatuh motor, mesti dia cuci luka kuat-kuat..arghhhhhh tak sanggup la ~_~
tapiiiiii kawan aku ni paksa jugak , ayat dia ni buat aku rasa macam nak belasah je dia ni arhhh "KAU JANGAN DEGIL BOLEH TAK TIME SAKIT NI" T_T ermmm last-last masuk jugak klinik, tapi hafiz masuk sekali sebab aku suruh hafiz cakap dengan doktor tu so betul-betulrupanya dia sendiri yang cakap dengan doktor "doktor bagi injection ye doktor, dia ni tak tahan sakit" doktor pun agree , mula-mula doktor tak nak bagi injection, dia kata cuci macam tu jer...wahhhhhhh sakit tu >.<
masa nak cuci luka, hafiz tu dah keluar dah. Lepas siap bayar , hafiz hantar balik rumah. Segan sangat-sangat nak balik rumah , sebab kakak sepupu aku tengah ada majlis emmmm orang ramai + sedara-mara aiyakkk T_T ...Akhirnya,berani kan diri untuk masuk rumah , terus aku masuk bilik dan tidak keluar-keluar (nampak kurang ajar di sini , sebab tengah kenduri , boleh pulak aku masuk bilik)
-The End-
Nak kenalkan ni ^_^
 |
Ainzati Binti Abdul Rauf
*rapat dengan dia sejak sem 3 diploma dulu-dulu |
 |
Muhd Hafiz Bin Sabtu
*mula rapat dengan dia sejak sem 2 diploma dulu-dulu
tapi sekarang kami kerja 1 company & dalam 1 department hehe |
*twit twit ^_^ semua single-single lagi
*bila la kawan-kawan aku ni nak jadi double hehe
*terima kasih kawan (bertuah dapat kawan macam korang ni ^_^ )
*kepada cik & encik blogger..time hujan hati-hati ya memandu kenderaan atau menunggang motorsikal
*kali ni luka di lutut, amat menyukarkan untuk berjalan,ditambah pula dengan di bwah pergelangan tangan dan lengan kanan
*SoOoOoOoO dalam beberapa hari ni aku tak masuk kelas mahupun pejabat la nampaknya T_T sob sob